Waktu Solat

Log Kemasukan



Kelantan vs Negeri Sembilan

Tahniah buat skuad bolasepak Kelantan kerana berjaya mengharungi rintangan untuk mara ke perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2009 setelah kali terakhir beraksi 40 tahun yang lalu (1970). Semangat juang yang ditunjukkan oleh kesebelasan utama Kelantan ketika perlawanan separuh akhir kedua menentang Perlis di Stadium Kangar menunjukkan bahawa skuad Kelantan tidak gentar beraksi dimana jua sekalipun.

Hatrick oleh Norfarhan yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan membuktikan bahawa skuad Kelantan tidak sekali bergantung harap kepada kapten pasukan Indera Putra Mahyuddin yang ketika itu digantung satu perlawanan. Kelantan mempunyai Khalid Jamlus yang tidak kurang hebatnya meledak gol walaupun jarang beraksi.

Apa pun semangat rakyat Kelantan kian membara menanti detik wisel dibunyikan pada 8:45 malam Sabtu 7hb November 2009 di Stadium Bukit Jalil dimana stadium ini pernah menjadi tuan rumah buat Kelantan pada tahun ini gara-gara tragedi April.

Diharap penyokong Red Warriors dapat menjaga tingkah laku sesuai dengan imej Kelantan yang diperintah oleh Kerajaan PAS dan tahniah buat Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang mentadbir KAFA dengan baik dan teratur menjadikan Kelantan sebuah pasukan idaman bagi setiap pemain bolasepak Malaysia

.

Inilah erti sebuah pengurusan yang bijak dimana tahu menilai kemampuan setiap pemain dan pihak pengurusan KAFA dijaga dengan baik terutama sekali dalam soal pengurusan gaji dan kebajikan pemain.

Pemberian imbuhan dibuat setiap kali KAFA mendapat keuntungan dan tidak ada sebab kenapa pemain perlu berhijrah ke negeri lain.

Tahniah buat skuad Kijang. Moga Piala Malaysia berjaya dijulang buat pertama kali dalam sejarah bolasepak Kelantan.

 

Kisah Gedebe Orang Kelantan

Bukan nak kata orang negeri lain tidak gedebe tapi kawe nak cerita kisah orang gedebe di kawasan kawe. Ada macam-macam nama. Peringkat orang lama, orang pertengahan dan orang muda masing-masing ada puak dia tersendiri.

Kalau di Melor, kawe respek sorang nama Mat Yah. Umur dia muda pada kawe setahun tapi kalu tengok tuan, nampak tua dia daripada kawe. Tubuh sedap, besar dan belajar pun setakat sekolah menengah je. Tapi otak dia dalam bisnes memang kelas.

Dikalangan set gedebe semua pakat tunduk ke dia, bukan sembah tapi respek. Bijak mengendalikan bisnes motor. Dia buka kedai motor di Melor, asalnya dan kini berpindah ke Peringat atas nama Melor Motor. Boleh beli ansuran dan siap ada sistem online dengan JPJ dan boleh blacklist kalau tak bayar ansuran.

Sistem pembelian ansuran Melor Motor ni tidak guna main tulis atas kertas saja tapi ada rekod berkomputer yang boleh list senarai sapa bayar tak bayar. Boleh keluar surat tarik secara auto. Idea dia bijak dan kawe respek orang lagu ni.

Hok lain hok masyhur dengan gedebe semuanya hampeh. Selak kera dan tak pakai kerja.

Tadi kawe baru terima berita tentang saing kawe dari kecik lagi iaitu Mazlan Jaafar kena tetok ke demo. Kawe tidak tahu kes apa tapi dengar cerita dari adik dia, mata tak nampak sebelah, tangan masuk besi, jari tangan putus dan kena juga atas belakang.

Ada lagi stail bodoh lagu ni. Tak pikir nasib orang hok ada anak bini. Sebelum ni anak buah kawe kena tetak juga. Nama Keri Merah. Alhamdulilah tak dok gapa nama walaupun masa masuk wad hari tu berat jugak.

Kes dia tak tahu selesai ke tidak tapi disebabkan duit banyak maka orang hok wat kerja bodoh ni dengar kabar lepas.

Sapa kata stail cerita tamil tak wujud. Tengoklah kisah hidup ni. Berlaku bila minda atau lebih muda kepala hotak tak reti guna. kawe nak jentik telinga anak pun mikir 4-5 kali sah ke nak tetak orang....mintak jauhla
 

Kisah di UM 90-96

banyak kenangan manis dan pahit untuk diceritakan mengenai kisah di UM. Pelbagai karenah dan ragam kawan-kawan jika diingati balik memang melucukan dan memalukan. Tapi itu kisah lama. Kisah anak-anak muda meniti detik manis bergelar pelajar sebuah universiti tersohor di Malaysia.

Marzuki (bukan nama sebenar) atau digelar Juki Besi merupakan seorang pelajar yang bijak. Namun dia sukar mengawal kemarahan. Ada saja peristiwa yang melibatkan pergaduhan tercetus. Yang bestnya, kawan-kawan tak peduli apa kes sebenarnya dimana sapa betul atau sapa salah terus je support Juki.Walaupun Juki kepala pada geng ni tapi dia punya study steady. Sekarang dia bergelar IR (engineer) dan bekerja di Timur Tengah.

Jemi Puchong, Denan Mamat, Mat Lan, Meji, Tok, Nik Pa, Ashlemy, Idan, Jeli, Fayzak,Sedi Black,Mat Ju Sodok, Sidi, Jai, Epul, Najib dan ramai lagi mempunyai perwatakan tersendiri dan ada kes masing-masing.

Mereka semua ni gedebe belaka dan menjadi gedebe seperti mereka berbaloi kerana mereka semua berjaya dalam hidup masing-masing kini.

Rasanya seperti baru semalam bersama dengan mereka, ke hulu hilir bersama, belajar bersama-sama dan melalui suka duka bersama.

catatan: BCA7184

 

Separuh Akhir Piala Malaysia 2009

Malam ini skuad Kelantan akan bertemu dengan Perlis di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan yang pastikan sorakan padu penyokong terfanatik di Malaysia ini akan bergema dengan riuh sekali...Gomo Kelate Gomo.

Tidak dinafikan tragedi April lalu membuatkan Kelantan terpaksa lemas dalam kancah bolesepak dek gara-gara peminat mereka ini. Ini bukan semangat yang kita mahukan walaupun kawe tahu mereka ini gedebe belaka.

Gedebe pada perkara yang elok sudahlah. Kalaulah Kelantan kalah malam ni maka tugas rumit akan ditanggung kerana Kelantan akan beradu pula di Stadium Kangar yang merupakan stadium keramat puak Perlis.

Jangan khuatir keran semasa separuh akhir Piala FA Kelantan kalah dengan Negeri Sembilan di arena sendiri tetapi menang dengan kelebihan jaringan ditempat lawan di Paroi.

Apa pun kita mengharapkan Kelantan membawa bekalan selesa di Kangar Sabtu ini dengan mencatat kemenangan bergaya di Kota Bharu.

Kemaskini Terakhir (Khamis, 05 November 2009 22:39)

 

Mengenai Gedebe

Perkataan 'Gedebe' adalah dari loghat bahasa Kelantan yang bermaksud berani tanpa rasa gentar. Mungkin dari segi sebutan ianya menjelmakan satu perwatakan ganas. Sebenarnya gedebe bukanlah bermaksud kepada keganasan tetapi lebih kepada jati diri dalam mempertahankan prinsip, tidak takut pada apa halangan dan bersedia untuk berbincang atau bertarung atau bertanding.

Namun maksud gedebe ini seringkali digunakan dalam bentuk negatif. Kejahatan, keganasan, samseng adalah imej bagi orang yang gedebe ini. Dalam web ini kawe ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua mengenai pengalaman kawe bersama orang-orang gedebe.

 
Masa

Undian
Bolehkah Kelantan Menjuarai Piala Malaysia 2009
 
Renungan

Pengurusan